Saya ingin berkongsi kisah yang berlaku 6 tahun yang lalu. Waktu itu, saya sedang menjalani "attachment" tahun akhir sebagai pelajar jururawat di sebuah rumah sakit.
Ketika saya menyemak "case note", seorang pembantu jururawat meminta tolong untuk mengangkat seorang pesakit. Encik Lim - Nama sebenar tidak digunakan dalam kisah ini - dijumpai terbaring di lantai bersebelahan dengan katil beliau. Apabila diperiksa kawasan itu, saya lihat palang katil tidak diturunkan. Kami juga tidak mendengar sembarang benda yang jatuh dari stesen jururawat kami yang berhampiran. Lim masih tidur bila dijumpai.
Kami pun angkat Lim ke katil. Tiada bengkak atau benjol yang kami jumpa di badan beliau. Mesin tekanan darah menunjukkan angka yang normal. Lantas saya pergi ke bilik sebelah untuk laporkan kejadian tersebut kepada Staff Nurse Jane. Apa yang menghairankan saya adalah, simpulan pada "3 point restrainer" tidak dibuka. Lim diikat pada kedua belah tangan dan pinggang untuk menghalang beliau dari panjat keluar dari katil. Lim juga dipasangkan dengan sarung tangan untuk menyusahkan beliau dari membuka ikatan tersebut.
Tanpa memikirkan yang bukan bukan saya pun pergi ke bilik sebelah sekali lagi bersama Jane untuk menjenguk Lim. Saya nampak Tan yang katilnya berhadapan dengan Lim, menundingkan jarinya ke dinding seperti hendak menunjukkan sesuatu. Tan berkata" Qui... Qui...Qui... Qui....". Ia bermaksud hantu dalam bahasa Tiong Hua. Dalam keadaan seram saya beristighfar banyak-banyak untuk menenangkan jiwa saya yang berkecamuk pada waktu itu. Bilik yang tidak berhawa dingin itu tiba-tiba terasa sejuk. Terus-terang saya katakan saya tidak dapat melihat benda yang dimaksudkan oleh Tan. Saya pun menoleh ke arah Jane dan bertanya kepada beliau. Jane menggelengkan kepala sambil menenangkan Tan yang dalam ketakutan. Setelah Tan tidur, kami pun beredar untuk menyiapkan laporan.
Saya dan Jane rehat di pantri setelah tugasan kami selesai. Kami bercerita kisah pagi itu kepada Senior Staff Nurse Watie yang telah lama berkerja di sana. Watie memberitahu kami bahawa para pesakit memang pernah mengadu kepadanya. Mereka nampak jelmaan yang bersarungkan kain putih. Ia akan terbang dari tingkap ke tingkap. Makhluk itu dikatakan berambut panjang dan mempunyai wajah yang amat menggerunkan. Walaupun Watie tidak pernah melihat makhluk itu, dia pernah mendengar suara yang sayu. Ia bagaikan suara esakkan wanita yang menangis dari sudut sebuah bilik. Tempat yang dimaksudkan adalah bilik di mana kami menjumpai Lim baring di lantai. Sekian. Terima kasih.

No comments:
Post a Comment